Penoreh getah hilang dari rumah dikhuatiri lemas di Jeram Besu

Penoreh getah hilang dari rumah dikhuatiri lemas di Jeram Besu

Penoreh getah hilang dari rumah dikhuatiri lemas di Jeram Besu
Operasi mencari dan menyelamat seorang penoreh getah yang dikhuatiri lemas di Pusat Rekreasi Jeram Besu, dekat Raub. – Foto ihsan bomba Pahang

RAUB: Seorang penoreh getah yang disedari hilang sejak pagi semalam dikhuatiri lemas selepas kenderaan miliknya ditemui di kawasan parkir Pusat Rekreasi Jeram Besu, dekat Sega di sini.

Mat Salleh Junoh, 63, disedari hilang oleh anak lelakinya pagi semalam selepas mangsa tiada di rumah di Perumahan Sega Tat, di sini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, anak mangsa itu percaya bapanya keluar menaiki memandu kereta berikutan kenderaan itu tiada di rumah, malah mangsa tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Ketika mencari, anak mangsa menemukan kereta milik mangsa di kawasan parkir pusat rekreasi, namun mangsa tiada.

“Anak mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Dong jam 7.57 petang semalam, dengan maklumat diterima ada saksi melihat mangsa menjala ikan di pusat rekreasi itu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Pasukan penyelamat terdiri anggota Balai Polis Dong dan bomba yang dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk penduduk melakukan pencarian di susur sungai bermula lokasi terakhir mangsa dilihat pagi semalam.

Sehingga kini operasi pencarian masih diteruskan.

Penoreh getah hilang dari rumah dikhuatiri lemas di Jeram Besu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker