‘Cikgu’ sekolah memandu kejang dalam mahkamah selepas dituduh cabul pelajar
‘Cikgu’ sekolah memandu kejang dalam mahkamah selepas dituduh cabul pelajar

BATU PAHAT: Pengajar sebuah institut memandu di daerah ini yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan cabul pelajar perempuan belajar memandu, terpaksa dipapah keluar selepas lelaki itu mengalami kekejangan.
Tertuduh, Sharif Husin, 72, mengalami kekejangan selepas prosiding pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.
Lelaki yang menghidap penyakit tiga serangkai itu pada mulanya berdiri dalam kandang tertuduh namun tiba-tiba tertuduh mendakwa kejang kaki akibat kesejukan.
Terdahulu, ketika prosiding, warga emas itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan terhadap pelajar perempuan berusia 18 tahun.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda ataupun sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.
Berdasarkan laporan dibuat, pada hari kejadian tertuduh meminta mangsa menunggu dalam kereta sebaik tamat sesi latihan kononnya perlu menunggu seorang lagi pelajar yang perlu dihantar pulang oleh lelaki itu.
Namun, tiada seorang pun pelajar muncul sebaliknya tertuduh bertindak merentap pelitup muka dipakai mangsa sebelum melakukan perbuatan itu.
Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada hari kejadian untuk tindakan lanjut.
Bertindak atas maklumat, pada jam 10.30 malam hari sama, polis menahan tertuduh bagi membantu siasatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip dan Firdaus Roslan manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Tahir A Rahman.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan syarat supaya melapor diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan serta tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa sehingga kes selesai.
‘Cikgu’ sekolah memandu kejang dalam mahkamah selepas dituduh cabul pelajar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.