Chelsea tetap mara meskipun tumbang di Stamford Bridge
Chelsea tetap mara meskipun tumbang di Stamford Bridge

London: Chelsea mara ke separuh akhir Liga Konferens Uefa meskipun tewas 1-2 di tangan Legia Warsaw dalam aksi timbal balik di Stamford Bridge awal pagi tadi, namun tetap menang menerusi agregat 4-2.
Chelsea ketinggalan seawal minit ke-10 menerusi sepakan penalti Tomas Pekhart sebelum Marc Cucurella menyamakan kedudukan pada minit ke-33.
Namun, Steve Kapuadi meletakkan pasukan dari Poland itu kembali di hadapan pada minit ke-53, gol yang menjadi penentu kemenangan pada perlawanan itu.
Sekitar 1,000 penyokong pelawat yang hadir mencipta suasana meriah dengan nyanyian dan meraikan kemenangan di laman lawan.
Namun hasil kemenangan 3-0 di Warsaw minggu lalu cukup untuk The Blues memastikan tempat ke separuh akhir, di mana mereka bakal bertemu kelab Sweden, Djurgardens, yang menewaskan Rapid Vienna 4-1 selepas masa tambahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Chelsea turut dikecewakan apabila satu lagi jaringan Cucurella dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR), menambah tekanan kepada pengendali, Enzo Maresca yang terus berdepan cabaran untuk menstabilkan prestasi pasukannya.
Walaupun tewas di tangan kelab yang kini berada di tangga kelima liga Poland, Chelsea kekal sebagai antara pilihan utama untuk menjuarai saingan ketiga Eropah itu, menyertai nama-nama besar seperti Roma, West Ham dan Olympiakos.
Sementara itu, Fiorentina yang dua kali menjadi naib juara, mengesahkan kemaraan selepas seri 2-2 menentang Celje dari Slovenia, dengan Moise Kean menjaringkan gol penting untuk kemenangan agregat 4-3.
Mereka bakal berdepan cabaran Real Betis di separuh akhir, yang mara selepas menang agregat 3-1 ke atas Jagiellonia Bialystok.
Chelsea tetap mara meskipun tumbang di Stamford Bridge
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.