Beruang matahari ceroboh ladang sawit masuk perangkap

Beruang matahari ceroboh ladang sawit masuk perangkap

Beruang matahari ceroboh ladang sawit masuk perangkap
Beruang matahari yang menceroboh ladang sawit di Hulu Besut memasuki perangkap dipasang. – Foto ihsan PERHILITAN

BESUT: Seekor beruang matahari seberat 110 kilogram (kg) yang berkeliaran di ladang sawit Kampung di Padang Bual, dekat Hulu Besut ditangkap hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, beruang jantan itu ditangkap susulan aduan orang awam pada 12 April lalu.

“Satu perangkap dipasang di lokasi selepas menerima laporan dan haiwan itu dipercayai memasuki perangkap hari ini.

“Haiwan dalam keadaan stabil dan sihat itu kemudian dilepaskan ke habitat asal untuk kemandiriannya,” katanya ketika dihubungi.

Kean Seong turut meminta pemilik kebun memaklumkan segera kepada PERHILITAN sekiranya haiwan liar masuk ke kawasan kebun mereka.

Beruang matahari ceroboh ladang sawit masuk perangkap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker