Umisya Mazlan Dakwa ‘Diblock’ Abby Abadi & Marissa
Jawab Tuduhan Tumpang Populariti Keluarga Madu – ‘Kalau Betul, Saya Dah Buat Konten Pegang Tangan’
Umisya Mazlan Dakwa ‘Diblock’ Abby Abadi & Marissa
Pempengaruh Umisya Mazlan tampil bersuara apabila didakwa menumpang populariti pelakon dan penyanyi Abby Abadi dengan kisah rumah tangganya.
‘Puan Abby dan anaknya block saya’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Umisya mendedahkan bahawa dia telah disekat di platform media sosial oleh Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania.
Menurut Umisya, dia enggan memanjangkan isu ini namun tetap harus bersuara demi menghentikan spekulasi yang berleluasa.
Pertama sekali terpanggil, dengan secara tiba-tiba ramai mesej bertanyakan tentang hal yang saya sendiri tak tahu.
Malah, hal yang saya sendiri sudah tidak berminat untuk berkongsi ataupun respon.
Tapi terlalu banyak fitnah yang dikeluarkan, saya ingin jelaskan kerana pelbagai spekulasi dan kata-kata kurang benar dari pelbagai pihak.
Selain itu, Umisya juga menafikan dirinya menggesa permohonan maaf dari pihak terlibat seperti yang didakwa.
Tumpang populariti
Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menafikan dakwaan dirinya menumpang populariti keluarga madunya, Marissa Dania.
Tambahnya, dia dan Marrisa bersetuju untuk meletakkan jurang antara satu sama lain bagi ketenangan masing-masing.
Siapa sangka ujian sebegini membawa saya sampai ke sini.
Kalau betul saya tumpang populariti seperti yang dikatakan, saya sama sekali akan membuat konten berpegangan tangan bersama madu saya.
Malah saya dan pihak sana membuat boundaries untuk ketenangan masing-masing.
Hanya kami yang tahu hal-hal yang terjadi.
Pada akhir perkongsian, Umisya memohon maaf pada semua pihak jika terdapat kesilapan dalam berkata-kata.
Sumber: Thread @umisyamazlan
Umisya Mazlan Dakwa ‘Diblock’ Abby Abadi & Marissa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.