Amelia Henderson – Terima Kasih Kepada Sharnaaz
Seorang Pelakon Yang Hebat
Amelia Henderson – Terima Kasih Kepada Sharnaaz
Pelakon Amelia Henderson mengucapkan terima kasih kepada aktor, Sharnaaz Ahmad kerana menghilangkan rasa gemuruh ketika melakonkan watak ‘Sheila’ di set penggambaran filem Blood Brothers: Bara Naga.
Kenal tapi tak rapat
Menurut Amelia, ini adalah kali pertama dirinya digandingan dengan Sharnaaz dalam sebuah filem. Memuji dengan sikap profesional Sharnaaz, Amelia berkata dia dapat melakukan babak berkahwin dengan mudah walaupun pada awalnya timbul rasa kekok.
Saya kenal Sharnaaz, tapi tidak pernah berjumpa atau ada peluang bercakap dengan dia. Jadi mahu bina keserasian kurang sikit.
Kalau jumpa pun melalui sesi bacaan skrip, kami ada bercakap sikit tapi belum cukup rapat sebagai kawan.
Bila masuk set penggambaran, adegan kahwin adalah scene pertama kami.. kalau difikirkan itu pun sudah cukup kekok.
Tapi kerja dengan Sharnaaz sangat senang sebab dia profesional. Kami masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan.
Sharnaaz pelakon hebat
Dalam pada itu, pengacara berumur 30 tahun ini menyatakan Sharnaaz juga menjadi tulang belakang utama bagi menjayakan lakonan.
Saya kena ucap terima kasih kepada Sharnaaz kerana dia seorang pelakon yang hebat. Jika bukan Sharnaaz sebagai Ghaz, lakonan saya tidak ke mana.
Saya juga bersyukur walaupun hanya seorang ‘bunga’ di set penggambaran tetapi semua pelakon Blood Brothers membuatkan saya rasa selamat.
Filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ memaparkan perjalanan hidup Ariff (Syafiq Kyle), yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merangkap sebagai ketua Mafia Naga.
Sejak itu, Ariff mengangkat bai’ah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan dipanggil Silent Guard, sekali gus terikat sebagai Blood Brother kepada Ghaz.
Namun, ketika sebuah pengkhianatan dahsyat menggoncang dunia mereka, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan dijadikan suspek utama. Dalam keadaan terdesak untuk membersihkan namanya, Ariff terpaksa melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada abang kandungnya yang sudah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).
Sementara itu, Ghaz diamanatkan untuk memburu dan menangkap Ariff lantas menyerahkannya kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam.
Mampukah Ariff membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dan mendapatkan kembali kepercayaan Ghaz? Atau adakah nasibnya berakhir dengan kematian di tangan Blood Brother yang dianggap seperti abang kandungnya sendiri?
Jangan lupa untuk saksikan filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ yang sudah ditayangkan di 146 pawagam terpilih sejak 10 April.
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif ‘Blood Brothers: Bara Naga’, jangan lupa ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube.
Amelia Henderson – Terima Kasih Kepada Sharnaaz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.