Ular sawa gergasi lintas jalan

Ular sawa gergasi lintas jalan

Ular sawa gergasi lintas jalan
Seekor ular sawa gergasi menjalar di tengah jalan. – Istimewa

JAKARTA – Pengguna jalan raya terkejut melihat seekor ular sawa gergasi melintas jalan dalam kejadian di wilayah Jawa Tengah, Indonesia, lapor portal berita Joglosemar semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Slamet Riyadi dekat bandar Surakarta,  baru-baru ini.

Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan ular sawa itu menyusur  di jalan tersebut sehingga menyebabkan lalu lintas berhenti.

Ada beberapa pengguna jalan raya mengeluarkan telefon bimbit mereka dan merakam ular tersebut.

Masih belum jelas sama ada reptilia berkenaan menyeberang dengan selamat atau dialihkan oleh warga setempat.

Ketua Komuniti Penangkap Ular, Janu Wahyu Widodo berkata, kemunculan ular itu ditangani oleh penduduk tempatan. – AGENSI

Ular sawa gergasi lintas jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker