Penduduk solat raya 2 kiblat

Penduduk solat raya 2 kiblat

Penduduk solat raya 2 kiblat
Tangkap layar menunjukkan orang ramai menunaikan solat raya di tempat sama dengan kiblat berbeza. – TikTok

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri di tempat sama dengan arah kiblat yang berbeza, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Taman Tegallega dekat Bandung, wilayah Jawa Timur pada 31 Mac lalu.

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ardiardiansyahh menunjukkan warga setempat khyusuk menunaikan solat Aidilfitri secara berjemaah di sebuah taman.

Apa yang menarik perhatian adalah terdapat dua kumpulan menghadap arah kiblat berbeza.

“Arab kiblat kiri, kanan,” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 1.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kiblat mengikut kepercayaan masing-masing,” kata seorang netizen.

“Kita wajib menghadap arah kiblat, bukan imam,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Penduduk solat raya 2 kiblat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker