4 UFO muncul dari Lautan Pasifik
4 UFO muncul dari Lautan Pasifik

WASHINGTON – Imej empat buah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang muncul dari dalam Lautan Pasifik dirakam kamera tentera laut Amerika Syarikat (AS) di luar pantai California, lapor portal berita MailOnline semalam.
Objek itu dirakam oleh kelasi yang terkejut dan berkata, mereka melihat kumpulan UFO semasa berada di atas kapal tentera laut, USS Jackson.
Rakaman yang baharu diperoleh menunjukkan detik dua UFO muncul dari lautan dalam kejadian pada 15 Februari 2023.
Video yang tidak pernah dilihat sebelum ini diperoleh wartawan, George Knapp dan Jeremy Corbell yang mendedahkannya kepada umum kelmarin.
Bekas penganalisis jabatan pertahanan AS, Marik Von Rennenkampff menganalisis data penerbangan dan lokasi penampakan sebelum menyimpulkan bahawa tiada pesawat Amerika di kawasan itu.
“Saya rasa pesawat aneh ini bukan milik kita. Objek ini tidak masuk akal,” kata Von Rennenkampff. – AGENSI
4 UFO muncul dari Lautan Pasifik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.