Sejam baru selesai bersalam raya dengan keluarga
Sejam baru selesai bersalam raya dengan keluarga

JAKARTA – Sebuah keluarga besar di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila aktiviti bersalaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini mengambil masa melebihi satu jam, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @illustrace_ menunjukkan perakam dan ahli keluarganya sedang bersalaman dengan keluarga lain di sebuah hotel.
Lebih menarik perhatian, aktiviti bersalaman itu mengambil masa kira-kira satu jam setengah.
Selain bergambar, mereka juga sempat melakukan aktiviti zumba bersama-sama.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Terpaksa pakai ‘lanyard’ untuk kenal satu sama lain adalah gila,” kata seorang netizen.
“Definisi sebenar keluarga besar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Sejam baru selesai bersalam raya dengan keluarga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.