Fazura Tegur Anaknya Kerana Makan Berbunyi [VIDEO]

Fazura Tegur Anaknya Kerana Makan Berbunyi [VIDEO]

Fazura Tegur Anaknya Kerana Makan Berbunyi [VIDEO]

Fazura merupakan seorang pelakon dan juga penyanyi, beliau yang berasal dari Negeri Pahang itu telah mewujudkan satu jenama pakaian dan tudung yang pada mulanya khas buat peminat-peminat tersayang. Namun tidak dijangka keluaran tudungnya laris dan menjadi barang hangat untuk dipasarkan.

Selain sibuk dengan menjaga keluarga dan perniagaannya, Fazura juga kini aktif sebagai penyanyi. Fazura mengatakan bahawa dirinya amat meminati lagu-lagu ketuhanan dan kerohanian, terutamanya hasil ciptaan dari penyanyi, penulis lirik dan komposer asal Indonesia iaitu Ahmad Dhani.

“Semoga Membesar Jadi Classy Macam Your Mom Fatima”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @_norainibasre88_ yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 512 ribu, tanda suka sebanyak 11.9 ribu dan sebanyak 206 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Fazura yang menegur Fatima kerana menghirup sup sehingga kedengaran kuat. Fazura juga sempat menasihati supaya Fatima makan seperti seorang perempuan dengan penuh tertib.

@__norainibasre88__

#artismalaysia #norainibasre #norainibasreteam #norainibasreshop #lovers #fatimafattah #fazurafans #fazurabeauty #fazurafans #fazurabeauty #fazura #binafshasweet

♬ bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa didikan Fazura itu sangat perlu diterapkan kepada semua kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan agar tampak lebih sopan dan beradab ketika makan.

Fazura Tegur Anaknya Kerana Makan Berbunyi [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker