Zarina Zainuddin Sebak, Syukur Azal Banyak Bantu [VIDEO]

‘Hatinya Baik, Selalu Siapkan Makanan Untuk Azil’

Zarina Zainuddin Sebak, Syukur Azal Banyak Bantu [VIDEO]

Zarina Zainuddin Sebak, Syukur Azal Banyak Bantu [VIDEO]

Pelakon Zarina Zainuddin bersyukur dikurniakan anak seperti Azal yang banyak membantunya meskipun mempunyai kekurangan diri.

Azal banyak bantu

@assalamualaikum.tvah

Kasihnya, tabahnya, redhanya si ibu membesarkan anak istimewa adalah rahmat & anugerah daripada Allah SWT❤️ Bersama kita dengarkan perkongsian oleh Puan @zarina zainuddin hanya dalam Assalamualaikum di @TV ALHIJRAH114✨ #assalamualaikumtvalhijrah #tvalhijrah114 #fyp #tiktokmalaysia🇲🇾 #doa #tabah #anakistimewa #autismawareness #kasihibu

♬ original sound – Assalamualaikum.tvah – Assalamualaikum.tvah

Menerusi program Assalamualaikum di TV Alhijrah, Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd Zainuddin memberitahu bahawa Azal adalah seorang yang ringan tulang kerana sering membantu melariskan jualan pulut kuningnya.

Sebenarnya Azal adalah seorang anak yang baik, dia banyak bantu saya.

Kadang-kadang semasa jual pulut kuning tempatnya agak tersorok.

Saya minta tolong Azal bawa pulut kuning supaya ada orang nampak dan dia boleh beritahu di mana booth kami.

Sementara dia berjalan-jalan, ada orang yang beli. Azal pun akan terangkan dekat pelanggan saya ada di booth jualan. Alhamdulillah, dia pun tak segan nak berniaga.

Dalam nada sebak Zarina berkata, Azal juga sering melayan abangnya Azil terutama ketika mereka berada di rumah.

Saya kena terima anak-anak saya seadanya walaupun dalam keadaan dia tantrum.

Tapi hatinya baik, dia sayangkan abangnya, Azil.

Waktu malam saya tengok, dia akan bagi abangnya ubat dan makanan. Kadang-kadang walaupun saya ada di rumah Azil tak nak saya siapkan makanan tetapi dia nak Azal yang buat.

Komen netizen

Zarina Zainuddin Sebak, Syukur Azal Banyak Bantu [VIDEO]

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi ketabahan hati Zarina membesarkan anak-anak istimewa dan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang kuat.

Untuk info, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang kini berusia 28 tahun.

Azil menghidap hyper autisme manakala Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka berusia tiga tahun.

Sumber: TikTok 

Zarina Zainuddin Sebak, Syukur Azal Banyak Bantu [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker