Lelaki warga India ditemukan lemas di Pulau Mawar

 

Lelaki warga India ditemukan lemas di Pulau Mawar
Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang ketika bermandi manda di pantai Pulau Mawar, di Mersing, Johor ditemukan lemas lewat petang tadi. Foto NSTP/ Ihsan BOMBA

MERSING: Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang ketika mandi manda di pantai Pulau Mawar, di sini ditemukan lemas lewat petang tadi.

Menurut Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Mohd Alias Husin, mangsa dikenali sebagai Narayanan Ravi, 45, ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Pasukan keluaran operasi (PKO) bertindak menggunakan seunit tali bagi menarik mangsa ke darat.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Maklumat mangsa yang selamat ialah K Anpananthan, 39, rakyat tempatan manakala seorang lagi yang lemas ialah V Yogaraj, 37, warganegara Singapura,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.21 petang tadi.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker