Kerja korek tanah dekat kawasan letupan paip gas dapat permit MBSJ- Datuk Bandar

Kerja korek tanah dekat kawasan letupan paip gas dapat permit MBSJ- Datuk Bandar

Kerja korek tanah dekat kawasan letupan paip gas dapat permit MBSJ- Datuk Bandar
Keadaan terkini kawasan kawah kebakaran akibat letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya. – Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

SUBANG JAYA: Kerja pengorekan tanah berhampiran lokasi insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, mendapat permit yang sah daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan PETRONAS.

Selain itu, kerja yang dilakukan di kawasan berkenaan juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim, yang mengesahkan perkara itu berkata , sebelum ini pihaknya menerima laporan daripada penduduk di kawasan sekitar itu yang mendakwa terdapat kerja-kerja pengorekan di lokasi kejadian.

“Aduan diterima daripada Sistem Pengurusan Aduan dan hasil siasatan MBSJ juga telah dimaklumkan kepada pengadu.

“MBSJ sudah melakukan siasatan di lokasi kerja mengorek berkenaan dijalankan dan siasatan mendapati kerja itu memiliki permit daripada MBSJ dan PETRONAS, selain mematuhi prosedur (SOP) yang ditetapkan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar


Beliau berkata demikian pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) insiden letupan paip gas PETRONAS di Putra Heights, di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan mengenai beberapa penduduk di Putra Heights menyuarakan kebimbangan mereka mengenai aktiviti pengorekan tanah di lokasi berhampiran insiden letupan paip gas bawah tanah.

 

Kerja korek tanah dekat kawasan letupan paip gas dapat permit MBSJ- Datuk Bandar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker