5 rakyat Malaysia cedera ringan dalam nahas bas di Tokyo
5 rakyat Malaysia cedera ringan dalam nahas bas di Tokyo

KUALA LUMPUR: Lima rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua bas pelancong di Lebuhraya Chuo di Hachioji, barat Tokyo semalam.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau rapi situasi berkenaan.
Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan bahawa lima orang warganegara Malaysia berada di dalam kedua-dua bas itu.
“Kesemua mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Setelah menerima rawatan dan pemeriksaan di hospital, mereka telah dibawa pulang ke hotel mereka,” menurut Kementerian Luar.
Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra menyatakan bahawa insiden itu berlaku kira-kira 10.15 pagi berhampiran pintu masuk Terowong Kobotoke.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah bas melanggar bahagian belakang bas di hadapannya. – BERNAMA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.