Tiga maut, 3 cedera dalam kemalangan di LPT menjelang Aidilfitri
Tiga maut, 3 cedera dalam kemalangan di LPT menjelang Aidilfitri

BENTONG: Tiga terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 50.7, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan berhampiran Kampung Lentang, di sini, petang tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata kejadian jam 4.55 petang itu membabitkan lori lima tan, kereta Honda Accord, kereta Proton Waja, Saga dan Subaru serta 11 individu.
Katanya, tiga yang disahkan maut oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) itu masing-masing seorang lelaki dan dua wanita yang menaiki Honda Accord.
Identiti mereka bagaimanapun belum dilenalpasti.
“Selain itu, dua lelaki dan dua perempuan dewasa di dalam Proton Waja dan pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Tiga mangsa yang cedera adalah seorang perempuan dewasa dan dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) yang menerima rawatan awal petugas KKM sebelum dihantar ke Hospital Bentong,” katanya,
Zulfadli berkata 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong, diketuai oleh Komandan Operasi Roslani Seman terbabit dalam operasi menyelamat semua mangsa.
Katanya, mereka terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan semua mangsa.
“Kes ini sudah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tiga maut, 3 cedera dalam kemalangan di LPT menjelang Aidilfitri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.