Penumpang cemas pesawat langgar layang-layang

Penumpang cemas pesawat langgar layang-layang

Penumpang cemas pesawat langgar layang-layang
Penerbangan United Airlines 654 bertembung dengan sebuah layang-layang di negeri Virginia, Amerika Syarikat kelmarin. – Getty Images

ARLINGTON, VIRGINIA – Sebuah pesawat United Airlines berdepan detik cemas apabila melanggar layang-layang ketika mendarat di Lapangan Terbang Nasional Ronald Reagan, negeri Virginia, lapor akhbar New York Post semalam.

Kejadian berlaku pada penerbangan United Airlines 654 yang berlepas dari Houston, negeri Texas pada petang kelmarin.

ayang-layang tersebut terapung-apung di udara dari Taman Gravelly Point, daerah Arlington.

Seorang saksi, Dylan Oakes berkata, dia melihat pesawat itu melanggar sebuah layang-layang sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan) di tempat kejadian.

Bekas pramugari itu juga menambah, keadaan boleh bertambah parah jika layang-layang tersebut disedut ke dalam enjin pesawat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


“Layang-layang itu kemudian terjatuh ke tanah, manakala pesawat berjaya mendarat dengan selamat,” tambah Oakes.

Syarikat United Airlines berkata, tiada kerosakan pada pesawat dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Pesawat berjaya mendarat dengan selamat, manakala penumpang diturunkan seperti biasa dan selepas pemeriksaan dilakukan,” tambah United Airlines. – AGENSI

Penumpang cemas pesawat langgar layang-layang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker