Peminat ‘restu’ Tang Jie-Ee Wei berpisah
Peminat ‘restu’ Tang Jie-Ee Wei berpisah

Kuala Lumpur: Keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memisahkan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mendapat ‘restu’ daripada penyokong setia badminton negara.
Rata-rata mereka berpendapat mungkin ia adalah keputusan terbaik bagi membolehkan kedua-dua pemain negara itu mencari haluan sendiri bersama gandingan baharu mereka.
“Harap dengan perpisahan ini, akan menghadirkan semula “rasa” sewaktu mula-mula digandingkan, menjadikan Chen-Toh lebih menghargai pasangan, meraikan kekuatan dan memperbaiki kelemahan.
“Tiada pasangan yang boleh bertepuk sebelah tangan. Keduanya punya peranan. Moga ia berakhir dengan pengakhiran yang menyenangkan,” tulis Nurul Izzah Abdullah Wahab di media sosial.
Manakala JT Wong berkata, ia adalah keputusan yang bagus bagi kedua-dua pemain selain turut mendoakan kejayaan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Bagus…biarkan mereka lakukan apa yang mereka percaya terbaik. Akhirnya, ia adalah hala tuju karier mereka. Percaya bahawa Tang Jie akan lebih cemerlang dalam jangka masa panjang kerana dia adalah pemain agresif dan memerlukan rakan gandingan yang dapat menyokongnya. Semoga berjaya kepada kedua-duanya,” katanya.
Muhammad Izzuddin pula menulis: “China walaupun ranking beregu campuran dunia nombor satu dan dua, mereka boleh pisahkan (tapi bukan sebab bergaduh). Tahun ini tak banyak kejohanan besar, boleh la cuba-cuba pasangan baru mana tahu ada yang boleh meletup. Ataupun jika perpisahan ini boleh menjadikan mereka bersama semula dengan lebih kuat macam Din/Fei (Nur Izzudin Rumsani-Goh Sze Fei). Semoga berjaya.”
Sejak digandingkan pada hujung 2022, Tang Jie-Ee Wei berjaya meraih tiga gelaran Jelajah Dunia BWF, iaitu Masters Orleans 2023, Terbuka Taiwan 2023 dan Terbuka Korea 2024.
Mereka juga mencapai ranking tertinggi dalam karier, berada di tangga ketiga dunia.
Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky berkata, Tang Jie kini akan bergandingan dengan Chan Wen Tse sementara dalam beregu lelaki, dia akan digandingkan dengan Wong Vin Sean.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Manakala Ee Wei akan berpasangan dengan Loo Bing Kun dalam lima kejohanan bermula Mei ini.
Peminat ‘restu’ Tang Jie-Ee Wei berpisah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.