Operasi SAR cari Fayyad dihentikan

Operasi SAR cari Fayyad dihentikan

Operasi SAR cari Fayyad dihentikan
Anggota bomba Baling melakukan pencarian di lokasi Sungai Kupang untuk mengesan kehilangan kanak-kanak autisme, Muhammad Fayyad Affan Mohd Fakhri. – Foto Ihsan Bomba

BALING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak autisme berusia empat tahun, Muhammad Fayyad Affan Mohd Fakhri, ditamatkan hari ini selepas tiga hari dilancarkan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar, berkata bilik kawalan polis dan bomba tetap beroperasi untuk menerima maklumat berkaitan kehilangan kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata, anggota polis tetap melakukan rondaan harian di kawasan Sungai Kupang bagi memantau perkembangan kehilangan kanak-kanak itu.

“Walaupun operasi sudah memasuki tiga hari, tiada petunjuk diperoleh sepanjang pencarian.

“Pos kawalan polis dan bomba di lokasi ditutup hari ini sebab pencarian semakin jauh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


“Bagaimanapun, anggota kita akan melakukan rondaan di sekitar kawasan itu setiap hari,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azmi berkata, anggota bomba sekali lagi melakukan pencarian mangsa di sekitar kawasan disyaki hari ini, termasuk secara selaman tetapi tiada maklumat diperoleh.

Sementara itu, Ketua BBP Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, operasi menggunakan bot bomba dilakukan sekitar kawasan Sungai Kupang.

Muhammad Fayyad Affan dilaporkan hilang ketika keluar dari rumahnya di Kuarters JPS, Kampung Landak Paya, Kupang, Jumaat lalu.

Kejadian disedari keluarganya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mereka yang menunjukkan kanak-kanak itu berjalan sendirian pada jam 12.50 tengah hari.

Operasi SAR cari Fayyad dihentikan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker