Nak main berkali-kali
Nak main berkali-kali

Kuala Lumpur: Sukan pickleball di Malaysia semakin mendapat perhatian dalam beberapa tahun kebelakangan ini walaupun ia masih baru dan dijangka menjadi antara pilihan utama majoriti rakyat Malaysia pada masa akan datang.
Antara sebab mengapa pickleball diminati ramai adalah kerana sesiapa sahaja boleh bermain sukan ini tanpa mengira usia.
Malah, bagi mereka yang kali pertama bermain atau tidak pernah bermain pickleball, jangan risau kerana wakil Arena Metro sudah mencubanya dan mendapati ia tidak begitu sukar untuk menyesuaikan diri dengan sukan ini.
Seperti yang dikatakan, pickleball ini bakal menjadi sukan popular selepas ini. Bagi mereka yang pernah bermain badminton mahupun tenis, sudah pasti ia memudahkan mereka untuk beraksi kerana sukan ini mempunyai persamaan, cuma peraturannya berbeza.
Bagi Qistina Ismazali, dia mendapati pickleball adalah antara sukan yang amat bagus untuk semua lapisan masyarakat, terutama mereka yang ingin mengeluarkan peluh dengan cepat, malah, dia juga terus jatuh hati saat kali pertama mencuba sukan ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Saya kali pertama cuba bermain pickleball dan saya rasa sangat seronok kerana ia membuatkan saya ingin terus bermain berkali-kali selepas ini.
“Bagi saya, meskipun ada yang mengatakan ia sama seperti badminton, tetapi seseorang itu perlu bijak dalam mengawal pukulan supaya bola itu tidak melambung keluar dari gelanggang. Saya melihat pickleball ini lebih sukar untuk dimainkan kerana tidak boleh melakukan smash sesuka hati,” katanya.
Sementara itu, pekerja swasta, Norhaslina Che Ali, tidak menolak kemungkinan jika diberikan peluang untuk mewakili negeri kelahirannya, Kedah, dia akan kembali menabur bakti dalam sukan pickleball.
“Insya-Allah, kenapa tidak, saya berminat dan akan cuba mencabar diri, cuma saya perlu lebih banyak latihan lagi untuk mendapatkan kembali momentum seperti ketika saya aktif mewakili Kedah dalam sukan hoki di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia,” kata Norhaslina, antara kelompok awal yang bermain sukan ini sebelum ia tular di Malaysia.
Selain itu, seorang lagi rakannya, Noor Syafiqah Roslan, juga berpendapat sukan pickleball ini amat bagus untuk semua orang dan sesiapa sahaja boleh mencuba dan pasti akan terus tertarik untuk bermain lagi selepas itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Saya kali pertama bermain sukan ini dan saya rasa sangat seronok serta teruja. Jadi, yang belum bermain sukan ini, boleh mencuba kerana saya yakin, mereka akan mula menyukai sukan ini.
“Saya biasa bermain badminton, tetapi pickleball ini saya lihat, seseorang itu perlu mengawal cara memukul bola dan tidak boleh terburu-buru,” katanya.
Melihat pickleball semakin pesat di negara ini, Qistina, Norhaslina, dan Syafiqah yakin sukan itu akan terus berkembang dan berharap acara ini dapat dipertandingkan ke peringkat yang lebih tinggi, seperti Sukan Asia.
Nak main berkali-kali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.