Bayi perempuan maut digilis, dipercayai keluar ke garaj tanpa disedari ibu bapa
Bayi perempuan maut digilis, dipercayai keluar ke garaj tanpa disedari ibu bapa
JOHOR BAHRU: Bayi perempuan berusia 12 bulan yang maut selepas dirempuh kereta bapa di kediaman keluarga dekat Taman Desa Harmoni di sini, dipercayai keluar ke garaj tanpa disedari ibu bapa.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar dari pintu yang terbuka.
Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya akan mengambil keterangan daripada bapa mangsa mahupun ibunya.
“Kertas siasatan sudah dibuka dan Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.
Pagi tadi, akhbar ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia 12 bulan maut selepas dirempuh kereta bapa di kediaman keluarga di Taman Desa Harmoni di sini awal pagi semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Mohd Sohaimi berkata, mangsa dirempuh ketika bapanya mahu mengalih kenderaan dari garaj.
Pihaknya menerima laporan kemalangan maut membabitkan sebuah kereta jenis Proton X50 berlaku pada 2.30 pagi semalam.
Kejadian berlaku ketika ayah mangsa yang juga warga tempatan, berusia 27 tahun mahu mengalihkan kereta ke luar rumah sebelum terdengar bunyi dari arah belakang tayar sebelah kiri.
Akibat dirempuh, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Bayi perempuan maut digilis, dipercayai keluar ke garaj tanpa disedari ibu bapa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.