Barcelona mudah ratah Girona

Barcelona mudah ratah Girona

Barcelona mudah ratah Girona
PENYERANG Barcelona, Robert Lewandowski melepaskan rembatan. FOTO Agensi

Barcelona: Barcelona melakar kemenangan mudah dalam saingan La Liga selepas membenam Girona 4-1 dalam aksi derby Catalan dengan Robert Lewandowski menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk meletakkan pasukan Hansi Flick di hadapan tiga mata di puncak LaLiga.

Dalam aksi itu, Barcelona mendahului dua minit sebelum rehat apabila sepakan percuma Lamine Yamal ditepis sebelum pertahanan Girona, Ladislav Krejci tertampan bola ke gawang sendiri.

Bagaimanapun, Girona membalasnya selepas aksi bersambung menerusi ledakan Arnaut Danjuma untuk menyamakan kedudukan.

Namun Barcelona tidak panik dan Lewandowski meletakkan The Catalan kembali di depan dengan penyudah akrobatik cantik sebelum dia sekali lagi menambah gol ketiga buat pasukannya.

Ferran Torres menjadikan kedudukan 4-1 pada lewat permainan ketika Barcelona membalas dendam atas kekalahan 4-2 dalam perlawanan yang sama musim lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Kejayaan meraih tiga mata itu menyaksikan Barcelona mengumpul 66 mata, tiga mata di depan Real Madrid di tangga kedua selepas 29 perlawanan.

Manakala Girona pula kekal di tempat ke-13 liga Sepanyol itu.

Barcelona mudah ratah Girona

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker