3 rumah teres setingkat musnah dalam kebakaran di Klang
3 rumah teres setingkat musnah dalam kebakaran di Klang

KLANG: Tiga rumah teres setingkat musnah dalam kebakaran di Lorong Bawal Tambak 1, Taman Sri Gadong, di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.09 malam.
Menurutnya, sepasukan 16 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan, Klang Utara dan Andalas dikejarkan ke tempat kejadian.
Berdasarkan maklumat awal, kebakaran membabitkan sebuah rumah teres yang terbakar 50 peratus.
Ahmad Mukhlis berkata, kerja-kerja pemadaman kemudian segera dijalankan anggota bomba dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala kebakaran berjaya dikawal jam 11.45 malam.
“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
3 rumah teres setingkat musnah dalam kebakaran di Klang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.