SAR cari budak autisme hilang di Baling disambung hari ini
SAR cari budak autisme hilang di Baling disambung hari ini

BALING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak autistik berusia empat tahun, Muhammad Fayyad Affan Mohamad Fakhri yang hilang sejak semalam dari rumahnya di Kampung Landak Paya, Kupang diteruskan jam 8 pagi hari ini.
Kanak-kanak yang turut mengalami masalah pertuturan itu dilapor hilang jam 12.50 tengah hari , dengan sehingga jam 10 pagi tadi belum ada sebarang petunjuk diperoleh di lokasi pencarian.
Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) I Rahimi Ali berkata, operasi hari ini dibantu pasukan penyelamat di air (PPDA), selain anggota polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung.
“Untuk sektor pertama kita pecahkan kepada carian di pesisir Sungai Kupang dan dalam sungai oleh anggota PPDA, dengan radius pencarian kira-kira 500 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) Kampung Paya Landak ke Kuala Pegang,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Untuk sektor kedua, ia membabitkan bahagian atas jalan daratan iaitu di hutan dipecahkan kepada agensi penyelamat lain, manakala sektor ketiga di bahagian atas kelapa sawit.
“Cabaran kita hadapi adalah tidak mempunyai petunjuk untuk menjejak mangsa sama ada fokus pencarian tertumpu di darat atau sungai. Namun kita melakukan pencarian di seluruh kawasan.
“Untuk kedalaman sungai macam sekarang, kita berada di Sungai Kupang lebih kurang satu meter… namun kedalamannya tidak sekata, ada tiga meter dan 0.5 meter selain ia juga bergantung cuaca,” katanya.
Kanak-kanak itu dipercayai hilang dari rumahnya di Kampung Landak Paya, Kupang, di sini semalam, dengan kehilangan disedari ahli keluarganya.
SAR cari budak autisme hilang di Baling disambung hari ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.