Kes ‘Abang Belon’ dan DBKL: Polis rakam keterangan 5 saksi, teliti CCTV
Kes ‘Abang Belon’ dan DBKL: Polis rakam keterangan 5 saksi, teliti CCTV

KUALA LUMPUR: Polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan berhubung kes kekecohan membabitkan ‘Abang Belon’ dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya juga sudah merakam keterangan lima saksi berhubung kejadian itu.
“Setakat ini hanya keterangan direkodkan dan tiada tangkapan dibuat… kita sedang melengkapkan kertas siasatan dengan keterangan saksi-saksi serta rakaman CCTV.
“Polis juga ada menerima satu laporan polis daripada pihak keluarga Abang Belon,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Sulizmie berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta tidak melakukan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Terdahulu pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung kekecohan antara penguat kuasa DBKL dan peniaga di Jalan TAR.
Sulizmie dilapor berkata, laporan itu dibuat seorang anggota penguat kuasa.
Berdasarkan dua rakaman video tular berdurasi lebih tiga minit di media sosial sejak awal pagi semalam, berlaku aksi tolak menolak antara pegawai penguat kuasa DBKL dan sekumpulan peniaga yang cuba mempertahankan barangan jualan mereka.
Kes ‘Abang Belon’ dan DBKL: Polis rakam keterangan 5 saksi, teliti CCTV
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.