Kereta terbakar dipercayai akibat mercun

Kereta terbakar dipercayai akibat mercun

Kereta terbakar dipercayai akibat mercun
Ketika cuba menghidupkan semula kereta, mangsa ternampak kepulan asap keluar daripada bahagian tayar belakang sehingga mengeluarkan api. – Foto tular

IPOH: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu terbakar di persimpangan lampu isyarat akibat mercun yang disimpan dalam but kenderaan itu, di Bukit Permata, Lumut, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan berkata kejadian menimpa kereta jenis Proton Gen-2 milik mangsa berusia 24 tahun itu berlaku kira-kira 5.30 petang.

“Siasatan mendapati sebelum kebakaran berlaku, kereta yang dipandu mangsa mengalami kerosakan. Ketika cuba menghidupkan semula kereta, mangsa ternampak kepulan asap keluar daripada bahagian tayar belakang sehingga mengeluarkan api.

“Pemandu juga menyatakan bahawa ada meletakkan mercun untuk digunakan semasa hari raya dalam but kereta,” katanya.

Hasbullah berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Terdahulu video kebakaran itu tular di media sosial memaparkan sebuah kereta terbakar diikuti letupan dan asap. – BERNAMA

Kereta terbakar dipercayai akibat mercun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker