Ingatkan raksasa, rupanya lelaki bawah katil budak

Ingatkan raksasa, rupanya lelaki bawah katil budak

Ingatkan raksasa, rupanya lelaki bawah katil budak
Suspek kini ditahan di Penjara Barton. – Pejabat Sherif Barton/Getty Images

TOPEKA, KANSAS  – Seorang pengasuh berdepan detik cemas apabila menemui seorang lelaki tidak dikenali bersembunyi di bawah katil kanak-kanak jagaannya dalam kejadian di negeri Kansas, lapor akhbar Metro UK semalam.

Insiden berlaku sekitar pukul 10.30 malam (waktu tempatan) di sebuah kejiranan dekat bandar Great Bend, Isnin lepas.

Situasi itu terbongkar apabila kanak-kanak tersebut mengadu ada  ‘raksasa’ di bawah katilnya, demikian menurut Pejabat Sherif Barton.

“Ketika wanita itu cuba membuktikan sebaliknya, dia bersemuka dengan seorang lelaki yang sedang bersembunyi.

“Mereka bergelut. Lelaki itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Menurut pengasuh berkenaan, suspek dikenal pasti sebagai Martin Villalobos Jr, 27, yang pernah tinggal di rumah tersebut tetapi diperintah oleh pendakwa raya untuk menjauhkan diri.

“Suspek ditahan di kawasan sama dan dibawa ke Penjara Barton,” tambah polis. – AGENSI

Ingatkan raksasa, rupanya lelaki bawah katil budak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker