Guru tampar murid sekolah rendah 9 kali

Guru tampar murid sekolah rendah 9 kali

Guru tampar murid sekolah rendah 9 kali
GAMBAR fail sebuah sekolah rendah di Handan. – Foto AFP

BEIJING – Seorang guru menampar seorang murid sekolah rendah sebanyak sembilan kali dalam kejadian di Zoucheng, China, lapor portal berita MSNews hari ini.

Ibu bapa budak itu menyatakan, anak mereka bernama Xiaofan sedang berehat di taman permainan bersama rakan sekelasnya semasa kelas pendidikan jasmani pada sebelah petang.

Guru dikenali sebagai Wu mengaku menampar pelajar itu sehingga pipinya bengkak dan terpaksa dirawat di hospital.

Murid itu ditampar kerana dia memanggil nama Wu dan tidak menggunakan gelaran cikgu.

Ibu bapa murid tersebut membuat laporan polis selain menuntut dia dipecat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Pihak sekolah menggantung tugas guru berkenaan dan menawarkan pampasan 5,000 yuan (RM3,000) kepada keluarga itu tetapi mereka enggan menerimanya.

Biro pendidikan tempatan berkata, siasatan sedang dilakukan dan berjanji akan menangani kes itu mengikut undang-undang. – AGENSI

Guru tampar murid sekolah rendah 9 kali

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker