Bapa berang anak dilanggar, serang pemandu wanita
Bapa berang anak dilanggar, serang pemandu wanita

SEREMBAN: Seorang wanita yang memandu kereta ditumbuk oleh seorang lelaki dalam kejadian dekat Taipan Senawang di sini, malam tadi.
Kejadian dipercayai berlaku kerana lelaki terbabit berang anaknya dilanggar pemandu kereta jenis Perodua Axia berkenaan ketika mengekorinya melintas jalan.
Dalam klip video berdurasi 22 saat yang sedang tular di media sosial, pemandu wanita membuka pintu sebelum lelaki yang memakai baju berwarna merah cuba mencederakannya pemandu kereta.
Bapa kepada kanak-kanak yang dikatakan dilanggar itu kemudiannya ke bahagian hadapan kereta sebelum mengalihkan kanak-kanak itu ke tepi jalan.
Bagaimanapun, lelaki itu sekali lagi dilihat menumbuk pemandu wanita yang cuba mengelak dan masuk ke dalam kereta, namun cuba dihalang seorang lagi lelaki yang berada di lokasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan lelaki terbabit dan mendakwa menjadi tanggungjawab seorang bapa memastikan anak melintas jalan dengan selamat.
Warganet juga meminta dan mengesyorkan wanita itu membuat laporan polis kerana dipukul seorang lelaki walaupun dikatakan sudah membuka pintu untuk meminta maaf.
Pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian ini dalam masa terdekat dan meminta orang yang mempunyai maklumat atau terbabit dalam insiden supaya membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan.
Bapa berang anak dilanggar, serang pemandu wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.