Aktres Hong Kong cari calon suami Malaysia
Aktres Hong Kong cari calon suami Malaysia

HONG KONG – Pelakon terkenal Hong Kong, Katy Kung berkongsi aspirasinya untuk mencari cinta di Malaysia selain menyatakan hasrat mahu menetap di negara itu, lapor portal berita VNExpress semalam.
Katy berkata, dia meminta rakan pelakonnya, Priscilla Wong yang kerap melawat Malaysia untuk memperkenalkannya kepada bakal calon suami dari negara itu.
“Saya meminta Priscilla memperkenalkan saya kepada lelaki yang sesuai menjadi suami di sini (Malaysia).
“Dia mempunyai ramai kawan di Malaysia dan apabila tiba masanya, saya berharap untuk berkahwin di sini (Malaysia),” katanya.
Walaupun masih belum bertemu lelaki sesuai, Katy tetap optimis untuk mencari cinta.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Pelakon berumur 36 tahun itu menyatakan bahawa dia pada asalnya merancang untuk berkahwin pada usia 25 tahun.
Namun, dia berasa puas dengan kehidupannya dan tidak lagi fokus untuk tergesa-gesa berkahwin. – AGENSI
Aktres Hong Kong cari calon suami Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.