Pesara swasta rugi RM429,500 terpedaya tawaran pelaburan saham di FB
Pesara swasta rugi RM429,500 terpedaya tawaran pelaburan saham di FB

JOHOR BAHRU: Seorang pesara swasta lelaki kerugian RM429,500 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham ditawarkan menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 56 tahun, kelmarin.
Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan iklan pelaburan saham di Facebook pada 18 November tahun lalu kemudian menekan pautan diberikan dan dihubungi individu menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.
“Mangsa kemudian membuat 22 transaksi ke lima akaun bank berlainan dari 17 Januari hingga 6 Mac lalu dengan jumlah keseluruhan RM429,500.
“Bagaimanapun, mangsa diminta membuat bayaran tambahan jika mahu mengeluarkan wang hasil keuntungan pelaburan itu,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Mohd Sohaimi berkata, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas gagal mendapatkan semula wang pelaburannya, lalu membuat laporan polis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Hasil semakan melalui platform Semak Mule CCID mendapati semua akaun digunakan ketika transaksi wang dibuat mempunyai rekod berkaitan kes penipuan pelaburan,” katanya.
Susulan itu, Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa.
“Orang ramai perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum melabur, selain tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan wang tinggi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.