Padah buat aksi ‘superman’, pekerja katering ditahan polis

Padah buat aksi ‘superman’, pekerja katering ditahan polis

Padah buat aksi 'superman', pekerja katering ditahan polis
Seramai 75 individu ditahan bersama motosikal mereka atas pelbagai kesalahan dalam dalam Op Samseng Jalanan 137/25 yang dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di Jalan Pulau Kambing, Bachok. – Foto NSTP/ ihsan POLIS.

BACHOK: Padah melakukan aksi berbahaya di jalan raya termasuk aksi ‘superman’, seorang pekerja katering ditahan polis di Jalan Pulau Kambing, di sini, malam semalam.

Lebih teruk, aksi itu dilakukan suspek berusia 20 tahun itu pada jam 7.00 malam ketika umat Islam yang lain sedang bersiap untuk berbuka puasa.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, lelaki itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan 137/25 dan ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, tangkapan dibuat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polisi Daerah (IPD) Bachok ketika melakukan pemantauan di sekitar Jalan Pulau Kambing.

“Polis mengesan satu buah motosikal dari arah Saudara Beach Resort menghala ke Jambatan Sungai Gali, berhampiran dengan Istana Hinggap sedang melakukan aksi menunggang secara berbahaya dengan aksi menundukkan kepala separa dengan meter motosikal (aksi Superman) secara berulang kali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


“Aksi itu amat merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain, jadi anggota kami mengekori suspek sehingga suspek memberhentikan motosikal,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Padah buat aksi 'superman', pekerja katering ditahan polis
Sebahagian individu yang ditahan selepas motosikal mereka diperiksa dalam Op Samseng Jalanan 137/25 yang dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di Jalan Pulau Kambing, Bachok. – Foto NSTP/ ihsan POLIS.

Mohamad Ismail berkata, suspek menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna merah hitam.

Katanya, suspek memberhentikan motosikal kira-kira jam 7.15 malam dan polis menerangkan sebab-sebab suspek ditangkap dan hak ditangkap di bawah Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan suspek mengakui faham.

“Ujian air kencing ke atas suspek, negatif sebarang dadah,” katanya.

Mohamad Ismail berkata, dalam operasi di lokasi sama, pihaknya berjaya menahan 75 individu termasuk 12 wanita yang melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen, tidak memakai topi keledar, memandu bawah umur 16 tahun, lesen kenderaan motosikal tamat tempoh, tiada cermin sisi, ubahsuai ekzos dan tidak mempamerkan pelekat P.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Katanya, sebanyak 16 keping saman dikeluarkan dan 12 motosikal di sita manakala 73 motosikal yang diperiksa dalam operasi selama tiga jam bermula jam 5.00 petang hingga jam 8.00 malam semalam.

Mohamad Ismail berkata, pihaknya menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dan mengelakkan kejadian tidak diingini khususnya menjelang sambutan Aidilfitri.

 

Padah buat aksi ‘superman’, pekerja katering ditahan polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker