Lawson akui ‘sukar’ disingkir Red Bull
Lawson akui ‘sukar’ disingkir Red Bull

Hong Kong: Pemandu Formula Satu (F1), Liam Lawson mengakui penyingkirannya oleh Red Bull selepas hanya dua perlumbaan adalah sangat “sukar,” namun dia teruja untuk kembali bersama bekas pasukannya, Racing Bulls.
Pelumba dari New Zealand itu digantikan oleh pemandu Jepun, Yuki Tsunoda, dalam pertukaran membabitkan antara kedua-dua pasukan Red Bull selepas gagal meraih sebarang mata di Grand Prix (GP) Australia dan China sebagai rakan sepasukan baharu juara bertahan, Max Verstappen.
“Menjadi pemandu @redbullracing adalah impian saya sejak kecil, inilah yang saya usahakan sepanjang hidup saya,” tulis pelumba berusia 23 tahun itu di media sosial.
“Ia sukar, tetapi saya bersyukur atas segala yang membawa saya ke tahap ini. Kepada semua yang sentiasa menyokong saya, terima kasih banyak, ia sangat bermakna.
“Terima kasih @visacashapprb atas sambutan hangat, saya teruja dan bersedia untuk bekerja di salah satu tempat kegemaran saya,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Dia kini akan menyertai pelumba rookie dari Perancis, Isack Hadjar, di Racing Bulls yang berpangkalan di Itali – pasukan yang pernah diwakilinya dalam 11 perlumbaan sepanjang musim 2023-24.
Keputusan Red Bull untuk menurunkan Lawson menerima reaksi negatif di New Zealand, dengan pengkritik serta tokoh perlumbaan menyalahkan pasukan itu kerana tidak memberikan masa yang mencukupi untuknya membuktikan keupayaan.
“Ia sukan yang kejam, tetapi pada pendapat saya, dia tidak diberikan peluang yang adil,” kata pelumba IndyCar, Scott McLaughlin.
Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner, menjelaskan bahawa penggantian Lawson adalah “keputusan sukan semata-mata” dan pasukan akan terus menyokong pemandu New Zealand itu sebaik mungkin.
Pusingan seterusnya Formula Satu akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun, pada 6 April.
Lawson akui ‘sukar’ disingkir Red Bull
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.