JPJ sita 19 motosikal lakukan aksi bahaya dan merempit

JPJ sita 19 motosikal lakukan aksi bahaya dan merempit

JPJ sita 19 motosikal lakukan aksi bahaya dan merempit
Mohd Zamri (dua kanan) memberi nasihat kepada penunggang motosikal yang ditahan kerana melakukan aksi bahaya dan rempit dalam pemeriksaan di Dataran Drawbridge dan Bandar Baharu Kuala Nerus. – Foto NSTP/ZAID SALIM

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 19 buah motosikal disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kerana melakukan aksi bahaya dan merempit malam ini.

Pengarahnya, Mohd Zamri Samion berkata, semua kenderaan terbabit ditahan dalam dalam pemeriksaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) di kawasan Dataran Drawbridge dan Bandar Baharu Kuala Nerus bermula jam 9 malam.

Katanya, pemeriksaan dilakukan anggota dan pegawai berpakaian preman yang membuat pemantauan di kawasan berkenaan bermula 24 Mac lalu.

“Bermula 24 Mac lalu, beberapa anggota dan pegawai berpakaian preman ditugaskan melakukan pemantauan dan rondaan di kawasan berkenaan.

“Dua kawasan berkenaan (Dataran Drawbridge dan Bandar Baharu Kuala Nerus)) dikenalpasti menjadi lokasi baharu golongan bermotosikal melakukan aksi bahaya dan merempit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


“Tindakan itu membahayakan orang ramai dan pengguna jalan raya lain kerana Dataran Drawbridge menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk beriadah termasuk pelancong luar yang datang bercuti di negeri ini,” katanya.

Selain Dataran Drawbridge, pemeriksaan juga turut dilakukan di sekitar Bandar Baharu Kuala Nerus yang juga menjadi tumpuan ramai.

Menurut Mohd Zamri, pihaknya akan merakam aksi golongan terbabit sebelum menahan kenderaan terbabit ketika kenderaan itu berhenti selepas melakukan aksi.

Tinjauan NSTP di kawasan Dataran Drawbridge mendapati terdapat beberapa kumpulan remaja bermotosikal melakukan aksi berbahaya dan merempit sesama sendiri sehingga menimbulkan rasa bimbang dan tidak selesa kepada orang ramai yang mengunjungi kawasan berkenaan.

Katanya, semua motosikal yang ditahan dibawa ke pejabat JPJ untuk pemeriksaan lanjut dan proses dokumentasi.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Menurutnya, pelbagai kesalahan dikesan antaranya melakukan pengubahsuaian ekstrem (melampau) seperti tidak memiliki brek belakang, tiada cermin sisi, penggunaan tayar sotong (halus), nombor pendaftaran dan ‘swing arm’ tidak mengikut spek (spesifikasi) yang dibenarkan dan ekzos bising.

“Manakala bagi penunggang pula berusia antara 16 hingga 27 tahun, ada yang tidak memiliki lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh dan tidak memiliki road tax serta bawah umur,” katanya.

JPJ sita 19 motosikal lakukan aksi bahaya dan merempit

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker