Jalan TAR kecoh, DBKL ‘gempur’ peniaga tanpa lesen [VIDEO]

Jalan TAR kecoh, DBKL ‘gempur’ peniaga tanpa lesen

Jalan TAR kecoh, DBKL 'gempur' peniaga tanpa lesen
Tangkap layar rakaman video tular kekecohan di Jalan Tunku Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR: Suasana sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, malam tadi kecoh selepas berlaku perselisihan antara penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan penjual barangan tanpa lesen.

Berdasarkan dua rakaman video yang tular di media sosial sejak awal pagi tadi, berlaku tolak-menolak antara pegawai penguat kuasa DBKL berpakaian seragam dan kumpulan peniaga

Difahamkan, kekecohan mula berlaku selepas pihak berkuasa mengambil tindakan merampas barang jualan dari beberapa individu termasuk penjual belon.

Ketika rampasan hendak dilakukan, penjual terbabit enggan menyerahkan puluhan belon yang dibawanya sebelum berlaku pergelutan.

Pada masa sama, beberapa individu lain juga dipercayai peniaga tanpa lesen turut menjerit supaya pihak berkuasa tidak mengasari penjual belon itu namun keadaan menjadi lebih tegang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Berdasarkan kenyataan dan maklum balas menerusi komen dalam video yang tular, tindakan penguat kuasa DBKL itu dibuat terhadap kumpulan peniaga tidak berlesen yang dipercayai mula membanjiri persekitaran Jalan TAR menjelang Hari Raya.

BH sudah menghubungi Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, bagi mendapatkan maklumat dan pengesahan mengenai kejadian yang berlaku.

 

Jalan TAR kecoh, DBKL ‘gempur’ peniaga tanpa lesen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker