Gempa bumi Myanmar: Gegaran turut dirasai di Pulau Pinang

Gempa bumi Myanmar: Gegaran turut dirasai di Pulau Pinang

Gempa bumi Myanmar: Gegaran turut dirasai di Pulau Pinang
Gempa bumi Myanmar: Gegaran turut dirasai di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Beberapa kawasan di Pulau Pinang terutamanya membabitkan bangunan tinggi di bandar ini dilapor turut merasai gegaran susulan kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 yang melanda Myanmar jam 2.21 petang, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, mengesahkan menerima dua laporan mengenai gegaran yang dirasai.

Beliau berkata, satu laporan diterima daripada sebuah kolej swasta di sini dan satu lagi daripada sebuah bangunan tinggi di Butterworth sekitar jam 2.44 petang dan 3 petang.

“Pusat operasi kami menerima panggilan dan menghantar jentera ke lokasi untuk pemantauan.

“Hasil pemantauan yang dilakukan oleh komander operasi mendapati tiada mangsa atau kerosakan pada bangunan.

“Hanya gegaran kecil berlaku di bangunan itu,” katanya ringkas ketika dihubungi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan bahawa gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 melanda Myanmar tengah pada 2.21 petang.

MetMalaysia turut memaklumkan, gempa bumi berlaku pada jarak 55 kilometer (km) barat daya Mandalay, Myanmar, berkedalaman 57 km namun insiden itu tidak menyebabkan ancaman Tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, EXCO Pelancongan Negeri, Wong Hon Wai, berkata beliau dan beberapa orang di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) turut merasai gegaran ketika sedang menghadiri mesyuarat di aras 28 bangunan berkenaan sekitar jam 2.30 petang.

“Pada mulanya saya berasa sedikit pening dan menyangka mungkin saya mengalami tekanan darah tinggi disebabkan kesibukan tugas.

“Lepas itu baru tahu rupanya ada gegaran. Sebab ada beberapa orang turut merasainya. Ia berlaku dalam beberapa saat.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Kemudian saya menerima maklumat mengenai gempa bumi di Myanmar,” katanya.

Sementara itu itu, Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Tharchayeni Subbarow, 35, berkata dia turut merasai gegaran ketika berada di pejabatnya di Aras 28, Komtar.

“Saya merasakan sedikit gegaran selama kira-kira 15 saat dan menyangka ia hanya imaginasi saya saja, jadi saya tidak buat apa-apa.

“Apabila saya turun menggunakan lif, saya ada terdengar beberapa orang dalam lif bercerita sesama sendiri mengenai telefon mereka bergegar semasa kejadian,” katanya.

Gempa bumi Myanmar: Gegaran turut dirasai di Pulau Pinang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker