Sebab kecewa, penyokong bakar jersi Alexander-Arnold
Sebab kecewa, penyokong bakar jersi Alexander-Arnold

London: Seorang penyokong Liverpool meluahkan kekecewaannya terhadap Trent Alexander-Arnold dengan membakar salah satu jersinya dalam sebuah video yang tular.
Mail Sport melaporkan Real Madrid masih yakin untuk mendapatkan khidmat Alexander-Arnold pada musim panas ini, dengan sumber di Sepanyol mendakwa perpindahan itu sudah ‘hampir pasti’.
Dengan kontrak Alexander-Arnold bakal tamat pada musim panas – bersama Virgil van Dijk dan Mohamed Salah – dia terus dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi Sepanyol itu.
Berita bahawa pertahanan England itu semakin hampir menyertai Madrid mencetuskan kekecohan di media sosial, dengan seorang penyokong bertindak ke tahap lebih ekstrem.
Seorang penyokong menulis: “Secara peribadi, saya akan gugurkan Trent sepanjang baki musim ini. Jangan benarkan dia jadi sebahagian daripada penghujung musim ini. Jangan beri peluang untuk dia mengucapkan selamat tinggal.
“Jangan letakkan dia di bangku simpanan. Jangan biarkan dia menyertai sambutan kejuaraan atau perarakan trofi. Biarkan dia menonton pasukan dari rumah.”
Seorang lagi penyokong menambah: “Jangan benarkan dia bermain lagi. Jangan biarkan dia masuk ke Anfield ketika kami menjulang trofi.”
Seorang lagi peminat menulis ringkas: “Letakkan Trent di bangku simpanan untuk baki musim ini.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Sebab kecewa, penyokong bakar jersi Alexander-Arnold
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.