Pemandu parah kereta, bas kemalangan ketika hujan lebat
Pemandu parah kereta, bas kemalangan ketika hujan lebat

BALING: Sebuah bas membawa 18 pekerja kilang, terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam keadaan cuaca hujan lebat di hadapan Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Baling, di sini, hari ini.
Insiden berlaku ketika bas itu dikatakan sedang dalam perjalanan dari Kampung Lalang, Siong, menuju ke sebuah kilang di Seberang Prai, Pulau Pinang.
Susulan itu, katanya, sepasukan lapan anggota dari BBP Baling dengan diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhammad Yunus Ali bergegas ke lokasi.
“Operasi mengeluarkan mangsa tersepit itu mengambil masa hampir 15 minit. Pemandu kereta terbabit cedera sehingga menampakkan tulang kaki kanannya.
“Walaupun berdepan cabaran keadaan hujan lebat dan kilat sabung-menyabung, pasukan menjalankan operasi itu dengan berhati-hati bagi mengelak kecederaan lebih teruk pada mangsa.
“Mangsa kemudian dihantar menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) BBP Baling ke Hospital Baling untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, beliau berkata, pemandu dan 18 pekerja kilang yang menaiki dalam bas itu terselamat dalam nahas berkenaan.
“Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.
Pemandu parah kereta, bas kemalangan ketika hujan lebat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.