Pemandu bas ekspres positif pil kuda ditahan

Pemandu bas ekspres positif pil kuda ditahan

Pemandu bas ekspres positif pil kuda ditahan
Zamri (tengah) memakaikan topi keledar kepada seorang kanak-kanak dalam Operasi Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 (OPS HRA 2025) di Jalan Kemajuan, malam tadi. – Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu bas ekspres ditahan kerana dipercayai positif dadah jenis Methapetamine atau pil kuda dalam operasi penguatkuasaan sempena Aidilfitri di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zamri Samion berkata lelaki berusia 30 tahun itu, ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas gagal saringan air kencing kira-kira 9.45 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas utama yang berasal dari Kuala Terengganu itu, sepatutnya membawa bas ekspres ke Pasir Gudang, Johor.

“Kita telah mengarahkan pihak syarikat mengambil tindakan segera dengan menukar pemandu bas utama itu dengan pemandu gantian, bagi memastikan penumpang sampai dalam keadaan selamat.

“JPJ sangat memandang serius isu penggunaan dadah ketika memandu bas ekspres yang sangat merisikokan keselamatan dan nyawa penumpang. Dalam hal ini kita akan melakukan pemeriksaan serta semakan ke atas pemandu dan syarikat dengan sangat intensif,” katanya pada Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2025, di sini malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu

Sementara itu, Zamri berkata 940 saman telah dikeluarkan sepanjang Ops HRA bermula 24 Mac hingga semalam.

Beliau berkata ia hasil pemeriksaan ke atas 5,544 kenderaan termasuk motosikal, kereta dan lori.

“Dalam operasi itu juga JPJ Terengganu telah mengeluarkan 603 lain-lain notis dengan lapan kenderaan disita,” katanya.

Zamri berkata 20 kawasan kerap berlaku kemalangan juga dikenal pasti di seluruh Terengganu.

Ia termasuk dua lokasi di Kuala Terengganu, Marang (empat), Dungun (tiga), Kemaman (dua), Hulu Terengganu (empat), Setiu (tiga) dan Besut (dua). – BERNAMA

Pemandu bas ekspres positif pil kuda ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker