Pakar psikologi sukan sepenuh masa berkhidmat di ABM

Pakar psikologi sukan sepenuh masa berkhidmat di ABM

Pakar psikologi sukan sepenuh masa berkhidmat di ABM
DR P Vellapandian (kanan) mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) beramah mesra bersama kanak-kanak ketika Majlis Perasmian TASKA Team MAS di Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Skuad badminton kebangsaan kini menerima sokongan penuh dari sudut psikologi apabila Institut Sukan Negara (ISN) menempatkan pakar psikologi sukan, Lim Jin Xuan, secara sepenuh masa di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Langkah itu diambil bagi membantu pemain menghadapi cabaran mental, terutama dalam kejohanan utama seperti Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Piala Sudirman yang bakal berlangsung bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr P Vellapandian berkata, penempatan pakar psikologi secara sepenuh masa itu dibuat susulan permintaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), yang menyedari kepentingan aspek mental dalam prestasi pemain di peringkat tertinggi.

“Kami faham tekanan yang dihadapi atlet, terutama dalam kejohanan besar. Aspek psikologi adalah elemen penting dalam memastikan mereka kekal fokus dan dapat beraksi pada tahap terbaik.

Dalam perkembangan berkaitan, ISN turut mengesahkan tiga pemain utama negara – Ng Tze Yong, Aaron Chia dan Pearly Tan – semakin pulih daripada kecederaan dan dijangka bersedia untuk kembali beraksi.

Menurut Vellapandian, proses memberi kebenaran kepada ketiga-tiga pemain itu untuk kembali beraksi bukan tugas mudah kerana mereka masih dipantau oleh pakar perubatan ISN selepas menjalani pemeriksaan rapi.

“Semua keputusan dibuat berdasarkan nasihat pakar bagi memastikan pendekatan pemulihan yang tersusun. Jika diperlukan, kami akan mendapatkan pandangan tambahan daripada pihak berkaitan,” katanya.

Ketiga-tiga pemain itu dijadual beraksi di BAC yang akan berlangsung di Ningbo, China dari 8 hingga 13 April sebelum bersama skuad negara menggalas cabaran pada saingan Piala Sudirman di Xiamen dari 27 April hingga 4 Mei.

Pakar psikologi sukan sepenuh masa berkhidmat di ABM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker