Fattah Amin – Keluarga Suka, Gembira Tengok Saya Berkawan Dengan Amira

‘’ –

Fattah Amin – Keluarga Suka, Gembira Tengok Saya Berkawan Dengan Amira

Fattah Amin - Keluarga Suka, Gembira Tengok Saya Berkawan Dengan Amira

Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa keluarganya menerima baik kehadiran penyanyi, Amira Othman.

‘Mereka suka, gembira’

Fattah Amin - Keluarga Suka, Gembira Tengok Saya Berkawan Dengan Amira

Ketika ditemui OhBulan! Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata keluarganya juga gembira dan merestui hubungan baiknya dengan Amira.

Alhamdulillah keluarga saya merestui, mereka suka sebab Amira pun ada datang ke majlis sebelum ini dengan keluarga saya.

Mereka gembira melihat saya berkawan dengan Amira.

Dalam pada itu, pelakon drama Keluarga Itu ini menyifatkan Amira seorang rakan kerja yang baik dan mereka selesa berkawan rapat. Walau bagaimanapun, Fattah mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

Dia rakan artis dan rakan sekerja yang baik. Tapi, nak cakap lebih pun tak berani. Mesra sebagai teman sekerja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu, Fattah juga sempat mengirimkan doa kepada Amira yang ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

Ada saya kirimkan doa kepada dia. Dia pun ke sana di waktu yang sangat terbaik, 10 malam terakhir dan doa mustajab. Banyak doa saya kirimkan dan Insya-Allah, doanya dimakbulkan.

 

Fattah Amin – Keluarga Suka, Gembira Tengok Saya Berkawan Dengan Amira


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker