Dana MITRA: Wanita mengaku tidak bersalah 3 pertuduhan beri keterangan bercanggah

Dana MITRA: Wanita mengaku tidak bersalah 3 pertuduhan beri keterangan bercanggah

Dana MITRA: Wanita mengaku tidak bersalah 3 pertuduhan beri keterangan bercanggah
Dana MITRA: Wanita mengaku tidak bersalah 3 pertuduhan beri keterangan bercanggah

SHAH ALAM: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan memberikan keterangan bercanggah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, keterangan itu berkaitan siasatan membabitkan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Tertuduh, V Meenaloshini, 35, didakwa membuat satu akuan bersumpah kepada seorang Pesuruhjaya Sumpah di sebuah premis di Prima Sri Gombak, Selangor, pada 20 Disember 2023, yang bercanggah dan tidak selaras dengan keterangan telah diberi kepada pegawai SPRM di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya pada 24 dan 25 Januari 2022.

“Kenyataan dalam akaun bersumpah itu (didakwa) menyebut tertuduh berurusan secara langsung dengan kontraktor-kontraktor yang membuat tuntutan bayaran dana MITRA, dan tidak pernah berurusan dengan seorang individu berkaitan hal itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM terdekat.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 April depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mohaidi, manakala tertuduh diwakili peguam, K Kanagavalli.

Dana MITRA: Wanita mengaku tidak bersalah 3 pertuduhan beri keterangan bercanggah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker