Polis siasat video dakwaan fahaman komunis – Razarudin

Polis siasat video dakwaan fahaman komunis – Razarudin

Polis siasat video dakwaan fahaman komunis - Razarudin
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung penyebaran sebuah klip video berdurasi 2 minit 57 saat yang dikatakan mempromosi fahaman komunis di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata video yang mula tersebar kelmarin itu mendakwa kewujudan sebuah pertubuhan tidak berdaftar dikenali sebagai Persatuan Promosi Penyatuan Secara Aman Satu China di Malaysia atau Persatuan Penyatuan Satu Cina.

“Polis memandang serius dakwaan itu memandangkan sebarang usaha menghidupkan semula fahaman komunis secara halus mahupun terbuka adalah bertentangan dengan prinsip rukun negara serta boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.

“Malaysia secara tegas menolak ideologi komunis sejak tahun 1948 dan sebarang bentuk promosi atau glorifikasi terhadap fahaman berkenaan boleh diklasifikasikan sebagai satu ancaman kepada ketenteraman awam serta perpaduan nasional,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Razarudin berkata, polis melalui unit siasatan jenayah terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menjalankan siasatan terperinci terhadap kes berkenaan di bawah peruntukan Seksyen 41/43, Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 505(b), Kanun Keseksaan, Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Polis memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan terhadap pertubuhan yang disebut serta dakwaan-dakwaan berkaitan aktiviti tidak berdaftar, penggunaan simbol-simbol komunis dan unsur subversif.

“Sebarang cubaan untuk menggugat kedaulatan negara atau menyemai fahaman yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan akan ditangani dengan tegas berdasarkan lunas undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan, video atau gerakan yang boleh mencetuskan kegusaran awam dan menggugat keharmonian antara kaum di negara ini.

“Masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan mencurigakan terus kepada pihak berkuasa melalui saluran rasmi serta tidak menyebarkan kandungan atau bahan yang belum disahkan kerana ia boleh mengundang salah faham dan mengeruhkan keadaan,” katanya.

Polis siasat video dakwaan fahaman komunis – Razarudin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker