Tiga peluncur ski maut, seorang kriktikal
Tiga peluncur ski maut, seorang kriktikal

Ottawa: Tiga peluncur ski maut dan seorang lagi cedera parah apabila mereka ditimbus runtuhan salji di wilayah barat Kanada, British Columbia, kata pihak berkuasa tempatan.
Keempat-empat peluncur itu baru saja selesai meluncur di kawasan pergunungan di sebelah timur Tasik Kootenay, 700 kilometer (435 batu) timur Vancouver, pada awal petang Isnin dan sedang menunggu di kawasan persediaan di bawah garisan pokok bersama satu lagi kumpulan apabila tragedi berlaku.
Satu kumpulan berjaya melarikan diri dari bahaya namun selebihnya ditimbus dalam taufan salji.
Tiga lelaki itu – seorang lelaki berusia 45 tahun dari negeri Idaho, Amerika Syarikat, seorang berusia 44 tahun dari Whistler, British Columbia, dan pemandu mereka yang berusia 53 tahun dari pekan Kaslo yang berdekatan – kemudian ditemui maut oleh pasukan penyelamat kecemasan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Lelaki keempat, berusia 40 tahun, dari Nelson, British Columbia, dilaporkan cedera parah.
Pihak berkuasa minggu ini memberi amaran tentang risiko tinggi salji runtuh di kawasan tersebut akibat suhu musim bunga yang semakin meningkat.
Tiga peluncur ski maut, seorang kriktikal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.