Kes rompakan babitkan polis bantuan hampir selesai

Kes rompakan babitkan polis bantuan hampir selesai

Kes rompakan babitkan polis bantuan hampir selesai
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya LEKAS. – Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.

KAJANG: Seramai 12 individu dirakam percakapan berhubung kes rompakan sebuah kedai emas di sekitar Kota Damansara, Selangor, membabitkan seorang anggota polis bantuan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya hampir menyelesaikan siasatan kes rompakan membabitkan seorang suspek lelaki berusia 32 tahun.

“Kita dah hampir nak selesaikan siasatan ini dan seperti mana yang saya maklumkan sebelum ini suspek berkenaan bergerak solo.

“Setakat ini, pihak polis sudah merakam 12 percakapan terdiri daripada saksi dan anggota polis yang terbabit,” katanya pada sidang media di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Sebelum ini, dilaporkan polis menahan seorang lelaki dipercayai

terbabit dalam kejadian rompakan sebanyak tujuh dulang barangan kemas bernilai RM2 juta di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, Selangor.

Suspek ditahan 10.15 malam di sekitar Bukit Beruntung, Hulu Selangor, dan pihaknya menemukan semula barangan kemas yang disamun.

Polis mengesahkan suspek terbabit adalah anggota polis bantuan sebuah syarikat utiliti dan dipercayai bertindak secara sendirian.

Suspek dipercayai menggunakan sepucuk senjata api milik majikannya untuk melakukan rompakan bersenjata itu.

Kes rompakan babitkan polis bantuan hampir selesai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker