Eyka Farhana Dicop Artis Sombong Kerana “Jeling” Peminat

Nampak Sahaja Macam Peramah

Eyka Farhana Dicop Artis Sombong Kerana “Jeling” Peminat

Eyka Farhana Dicop Artis Sombong Kerana “Jeling” Peminat

Kecoh di media sosial apabila aktres cantik, Eyka Farhana, dikatakan berlagak diva sewaktu berniaga di Absolute Bazaar yang berlangsung hujung minggu lalu. Isu ini timbul selepas beberapa netizen meluahkan rasa kecewa apabila mereka tidak dilayan dengan baik oleh Eyka ketika berkunjung ke gerainya. Menerusi sebuah hantaran di aplikasi Threads, seorang netizen mendedahkan bahawa dia cuba bergambar dengan artis yang dikenali dengan pangkal nama EF, namun permintaannya ditolak dengan syarat membeli produk terlebih dahulu.

Eyka Farhana Dicop Artis Sombong Kerana “Jeling” Peminat

 

Menurut netizen tersebut, meskipun ramai artis lain di bazar itu sangat ramah mesra walaupun pengunjung tidak membeli produk mereka, artis tersebut enggan melayan permintaan bergambar tanpa syarat. “Berjalan-jalan ke MITEC, nampak artis itu ini. Kebanyakan mereka sangat ramah mesra biarpun kita tak beli produk mereka. Tetapi ada seorang artis ni kita cakap hai pada dia dan minta izin bergambar tetapi dia suruh beli produk dulu. Sambil duduk belai rambut, sikit pun tak bangun untuk mengalu-alukan kita. Patutlah ‘booth’ dia kosong,” dedah netizen tersebut.

Eyka Farhana Dicop Artis Sombong Kerana “Jeling” Peminat

 

Rupa-rupanya, kejadian serupa turut dialami oleh seorang lagi netizen yang berkongsi pengalamannya di Threads. “Ada satu ‘booth’ artis ni jual biskut raya. Saya nak ambil gambar sebab suami minat dengan dia. Eh tak dilayan ya. Kena beli dulu biskut dia baru boleh ambil gambar dengan dia. Artis tu buat-buat main telefon acah paling cantik. Memang geram ya,” kata netizen itu. Walaupun kedua-dua netizen tidak mendedahkan nama penuh artis tersebut, ramai yang meneka bahawa artis yang dimaksudkan ialah Eyka Farhana.

Eyka Farhana Dicop Artis Sombong Kerana “Jeling” Peminat

 

Tindakan Eyka yang dikatakan tidak ikhlas melayan peminat ini mengundang rasa kecewa dalam kalangan netizen. Mereka membandingkan sikap Eyka dengan artis-artis lain seperti Fasha Sandha, Izara Aishah, dan Mira Filzah, yang dilihat lebih mesra melayan peminat tanpa mengira sama ada mereka membeli produk atau tidak.

Menyedari namanya kini hangat diperkatakan, Eyka tampil memberi penjelasan melalui Instagram. “Saya ada terima mesej kata ada orang ‘spill the tea’ kononnya saya sombong tak nak bergambar. Ya Allah mungkin salah faham. Mungkin pekerja saya minta cuba ‘tester’ dan sokong dulu dan mungkin cara awak ‘approach’ pun tak kena dengan waktu yang sesuai. Saya berborak dan bergambar dengan sesiapa sahaja. Walaupun tak membeli,” jelasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Eyka Farhana Dicop Artis Sombong Kerana “Jeling” Peminat

 

Eyka juga memohon maaf atas sebarang salah faham dan kekurangan dalam perkhidmatannya. “Di bulan mulia ini saya mohon maaf kalau ada tersilap atau terkurang daripada kami selama ini,” tambahnya. Walaupun terpalit dengan cerita kurang enak, jualan biskut raya Eyka tetap habis terjual, menunjukkan sambutan yang tetap menggalakkan daripada peminat.

Eyka Farhana Dicop Artis Sombong Kerana “Jeling” Peminat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker