Vingegaard dedah alami gegaran otak selepas kemalangan di Paris-Nice

Vingegaard dedah alami gegaran otak selepas kemalangan di Paris-Nice

Vingegaard dedah alami gegaran otak selepas kemalangan di Paris-Nice
VINGEGAARD mengakui hampir berputus asa daripada sukan berbasikal profesional. FOTO AFP

Copenhagen: Juara dua kali Tour de France, Jonas Vingegaard mendedahkan bahawa dia mengalami gegaran otak yang berpanjangan selepas terjatuh dalam perlumbaan Paris-Nice pada 13 Mac lalu, menyebabkan dia berasa letih dan loya selama beberapa hari.

Pelumba Denmark itu mensasarkan gelaran ketiga dalam Tour de France musim panas ini selepas kejayaan pada 2022 dan 2023, dengan laluan perlumbaan tahun ini dikatakan memihak kepada keupayaan mendaki bukitnya.

Bagaimanapun, insiden kemalangan itu mengganggu persiapan asalnya, dan dia terpaksa digantikan oleh rakan sepasukan, Simon Yates, sebagai ketua pasukan Visma untuk perlumbaan Tour of Catalunya yang bermula semalam.

“Saya berasa pening selepas kemalangan, dan selepas peringkat perlumbaan saya menjadi sangat loya serta keletihan yang luar biasa, berlarutan selama beberapa hari,” kata Vingegaard kepada akhbar Denmark, BT.

“Saya gembira dapat kembali berbasikal, walaupun ia mengambil masa lebih lama daripada dijangka kerana gegaran otak yang memerlukan banyak masa untuk berehat,” tambahnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Vingegaard sebelum ini berjaya menamatkan Tour de France 2024 di tempat kedua, hanya beberapa bulan selepas kemalangan ngeri dalam Tour of the Basque Country yang menyebabkan dia ditahan di hospital selama 12 hari pada April tahun lalu.

Ketika itu, dia mengakui hampir berputus asa daripada sukan berbasikal profesional.

Kini, pelumba berusia 27 tahun itu enggan mengambil sebarang risiko terhadap kesihatannya dan akan mengikuti proses pemulihan dengan berhati-hati.

“Buat masa ini, saya akan mengambil langkah satu demi satu dan biarkan proses pemulihan menentukan sama ada perlu ada perubahan atau tambahan dalam jadual latihan saya,” katanya.

 

Vingegaard dedah alami gegaran otak selepas kemalangan di Paris-Nice

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker