Rebutkan harta bapa mentua, wanita tembak kakak ipar
Rebutkan harta bapa mentua, wanita tembak kakak ipar

BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Chon Buri menembak mati kakak iparnya kerana tidak berpuas hati berhubung isu pemilikan harta pusaka berjumlah 50 juta baht (RM6.5 juta), lapor laman berita Thaiger semalam.
Mangsa, Kantana-on Ditprasert, 52, ditemukan mati di sebuah kawasan perkuburan di daerah Si Racha, Sabtu lalu.
Dia yang bekerja sebagai penjaga tanah perkuburan itu ditembak sebanyak lima kali pada dadanya.
Suspek dikenali sebagai Dawika, 36, merupakan adik iparnya.
Kereta milik suspek ditemukan di tepi jalan kira-kira 5 kilometer dari lokasi kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Menurut polis, suspek mengaku membunuh mangsa ekoran pertikaian harta pusaka.
Suspek berkata, bapa mentuanya telah menjual sebidang tanah dan memperoleh 50 juta baht tetapi tidak berkongsi wang itu dengan mana-mana anaknya.
Sebaliknya, dia melantik mangsa sebagai pengurus tanah ladang tersebut.
Suspek mendakwa, mangsa membolot semua wang itu untuk dirinya sendiri, walaupun suami suspek meminta sebanyak 10 juta baht (RM1.3 juta) daripadanya.
Suspek menyerah diri kepada polis semalam di Balai Polis Si Racha.
Dia didakwa mengikut Seksyen 288 Undang-undang Jenayah kerana membunuh dengan sengaja, yang membawa hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara selama 15 hingga 20 tahun. – AGENSI
Rebutkan harta bapa mentua, wanita tembak kakak ipar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.