Pemandu rempuh penunggang motosikal berteduh bawah jejambat, diberkas
Pemandu rempuh penunggang motosikal berteduh bawah jejambat, diberkas
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian kemalangan yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal berusia 76 tahun cedera parah.
Rakaman kejadian kemalangan yang berlaku di susur masuk ke Jalan Kuchai Lama, Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban itu tular di laman sosial Facebook, Kelab Info Malaysia, sejak jam 8.40 malam semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, dalam kejadian itu kenderaan dipandu oleh suspek merempuh mangsa dan motosikalnya yang berteduh di bawah jejambat di lorong kecemasan.
“Siasatan awal mendapati sebuah motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat dipercayai untuk berteduh telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta.
“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya kepada media hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Beliau berkata, pemandu kereta berusia 40 tahun ditahan selepas dia membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Mohd Zamzuri berkata, pemandu kenderaan itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee ditalian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur ditalian 03-20260267 atau tampil di mana-mana Balai Polis berhampiran,” katanya.
Pemandu rempuh penunggang motosikal berteduh bawah jejambat, diberkas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.