Lelaki berkerusi roda ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci
Lelaki berkerusi roda ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci
KOTA TINGGI : Kebimbangan seorang jiran yang tidak melihat jirannya membuka pintu sebagaimana rutin hariannya membawa kepada penemuan mayat di dalam rumah, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata, pihak bomba menerima panggilan khidmat khas membuka pintu berkunci di kediaman lelaki itu di Flat Taman Sri Saujana di sini, pada jam 2.25 petang.
Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian turut bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian benar ada kes pintu terkunci dari dalam dan ada seorang mangsa lelaki dewasa yang tidak sedarkan diri berada di dalam rumah itu.
“Ketua operasi mengarah anggota memasuki rumah itu melalui tingkap sisi rumah, dan seterusnya membuka pintu dari dalam sebelum mendapati ada seorang mangsa lelaki dewasa dipercayai sudah meninggal dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Mangsa juga disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans KKM,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Shawaluddin berkata, difahamkan jiran mangsa menyedari keadaan lelaki itu, selepas tidak melihat lelaki yang menggunakan kerusi roda itu membuka pintu setiap pagi.
Kes diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.
Lelaki berkerusi roda ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.